Saturday, January 5, 2013

Ya allah. Peliharakanlah aku.

hikayat are- are-are sunshine 4:12 PM
Sesuatu berlaku depan mata. Aku sendiri yang mengalaminya. Berdebar debar tuhan sahajalah tahu. Tapi aku berniat nak cerita jugak disini supaya aku sedar tuhan itu memiliki segala yang aku ada. Dan bila bila masa tuhan boleh tarik segala apa yang dia berikan kepada aku. Walhal diri aku ni pon milik Dia. Aku tak sangka perkara ni berlaku kepada aku. Mungkin ini kelemahan dan tuhan jadikan sebagai ujian. Aku jadi takot.

Taadi aku pegi bilik Nadia. Belajar buat sushi. ( nanti aku ceritakan pengalaman buat sushi ). Memang aku berniat nak ceritakan pengalaman tu di sini. Seronok. First time kan. Lepas tu sampai bilik aku terus bukak facebook.

On laptop bukak facebook. Baca segala apa yang ade dekat Home page. Sedang aku hala kan jari di laptop aku scroll kan ke bawah utk lihat post post di facebook. Tiba tiba jari telunjuk aku mengigil gigil. Ya allah kenape ini ? Apa maksud ujian semua ni ? Aku rasa dalam 5 minit jugak jari aku menggigil. Bukan semua jari hanya jari telunjuk. Sungguh aku seram dengan apa yang berlaku. Mengigil di atas papan cursor laptop. Aku rasa aku pernah jugak rasa menggeletar tapi mungkin kerana aku sejuk atau aku gemuruh presentation barangkali. Tapi dalam keadaan yang berlaku ni aku tak buat apa apa. Segalanya tiba tiba. Kenapa ni ya rabbi ?

Aku jadi takot dengan ape yang berlaku. Aku pegang jari telunjuk kanan aku dengan tangan kiri. Aku genggam. Aku dapat rasa dia masih mengigil. kenape ni ya tuhan ? Aku terfikir ya allah kau nak tarik nikmat dari aku ke ya allah ? Tiba tiba aku teringat senior zaman sekolah, kak Hidayati. AL FATIHAH utk kak HIDAYATI. Dia meninggal akibat kanser tulang. Aku rapat dengan akak ni, aku ingat lagi bermula dengan seorang yang sihat allah uji beliau sedikit demi sedikit. Tahun demi tahun. Dan akhirnya Tuhan ambil dia kembali ke pangkuanNya. Inalillah wa inna ilaihi raajiun.

Kalau manusia tahu semua ni mungkin mereka akan berbunyi " Eleh, kau je ni fikir lebih -lebih.." Tapi sungguh aku tak pernah alami gigil lama sebegini. Kuat. Takot itu yang aku rasa.

Ya ALLAH , pemilik nyawaku. Segala nikmat ini datangnya dariMu. Aku mohon peliharakanlah aku. Jangan Kau uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu tanggungnya ya allah. Berilah kesihatan, keberkatan, perlindungan, kesejahteraan kepada ku. Ampunilah segala dosa dosa ku. Amin.

p/s : Maaf. Aku masih gementar saat ini.

0 sweet :):

Post a Comment

 

hikayat are-are Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review