Hikayat ~.~
-
▼
2011
(101)
-
▼
Apr
(17)
- aja-aja fighting !
- mulai saat ini kita clash ! jangan datang lagi dal...
- kak limah kak limah, eeeuuuw ~
- eeh anak gadis bacalah =)
- :: DIA maha mengetahui ::
- WHAT the G ? or what the H*** ?
- berangan ala-ala Miss Independent :)
- asal dengan blogspot nie?
- AWAK dimana ?
- nak post jugak nak post jugak !
- arrow for final !
- MAISARAH WARDIAH JUSOH
- AINUN RAIHAN AZMAN
- hikayat kanun keseksaan !
- apabila perempuan ber-GOSSIP- !
- hikayat type of guy are-are ~
- TADAH TANGAN ! kesukaan cik are-are =)
-
▼
Apr
(17)
Tuesday, April 19, 2011
aja-aja fighting !
Monday, April 18, 2011
mulai saat ini kita clash ! jangan datang lagi dalam hidup aku.
tolong jangan datang lagi dalam hidup aku.
pergilah !
awak, kenape awak buat saya macam ni?
kenapa awak kecewakan saya?
mana pergi JANJI-JANJI awak selama ni?
awak, yea awak !
awak KEJAM !
awak JAHAT !
awak CURANG !
pergilah cari kehidupan awak, kehidupan yang awak nak sangat tuh !
pergilah !
tolonglah pergi jauh dari hidup saya,
saya doakan awak bahagia tanpa saya....
walaupon payah untuk saya melupakan awak...
saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni
sungguh saya tak sangka....
aku mohon mulai saat ini kita clash !
*lepas tu empangan mata pon bergenang tssk tssk~
....................................................................................... .........................................................................................
- ambil tisu sambil lap air mata T_____T -
CUT ! amacam skrip aku, jadi tak ? heeeeeeee, penat taw aku fikir ayat-ayat jiwang terlajak ni taw. uhuk-uhuk ! *geli-geli ~ muntah hijau kejap.
Ini baru aku buat trials yer, belum skrip betol-betol lagi.. hahaXD
*keJIWANGan terselah, testing-testing !
Semua ini aku buat sebab tengah-tengah aku sibuk catwalk tanpa kasut tadi ala-ala modelling dekat blog-blog orang lain, atau nama mudah nyer blogwalking. *baca blog orang lain jer ayat mudahnya tapi saje jer belit sikit ayat terasa nak berpuitis kejap. hihi. dan aku terjumpa **blog ini **( please click this link ) ! dan aku pon baca lah first love story :))
ape yang menariknyer ?
biasa jer ?
[ if korang bukak link tu dan dah takda post pasal tue, means tuan punyer blog tu dah buat entry tu as draft. lagipon, masa aku baca tu dia ada tulis dekat bawah entry tu mungkin akan dijadikan sebagai draf nanti. means? sorry korang dah terlambat ! tak dapat den nak menolongnyer yerk =,= ]
Tapi yang menarik perhatian aku apabila aku baca part FIRST LOVE STORY ! perempuan ni cerita pasal kisah first love dia. Dan dia dah pon clash atau putus dengan pakwe dia atau first love dia.
ALAAAAAAA, NORMAL LAAAAA Tuuuuuu ! +.+
Itu ayat korang ! ayat aku TAK NORMAL ok. kenape ?
Cuba baca sampai abis, perempuan nie cerita kisah daripada sebelum couple sikit dan selepas couple sikit. Yang TAK normalnya pada aku, perempuan ni cerita seolah-olah perpisahan itu berlaku dengan cara yang amat-amat baik.
dia tak marah lelaki tu DAN lelaki tu pon tak marah perempuan tu.
*thats COOL !
In addition, ( ala-ala essay english celup jap, haha) kalau diamati setiap bait kata-kata perempuan tu, semua dia puji pasal ex-boyfriend dia. WALAUPON mereka sudah berpisah ! till then, AKU KAGUM !
ade pernah dengar orang clash macam tu ? -geleng kepala-
Setakat ni, aku rasa takde lagi. Yang aku tahu sama ada tak gaduh sampai putus-putus kawan atau pon saling ungkit-mengungkit ! part tu NORMAL pada aku. Eventhough, aku takde pengalaman bercinta dan putus cinta. Tapi aku rasa aku dah tengok macam-macam dah scene orang bercinta dan clash ni. Baik dunia realiti atau fantasi. Lagi-lagi dekat movie, drama lagi laaa mak ai. Siap sumpah-sumpah lagi tuh. Ada yang over siap nak bunuh lagi ex-girlfriends dia sebab tinggalkan dia.
COmE ON LAAA GUYS ~
"" clash itu tak bermaksud ENDING ok. TAPI boleh jadi CLASH itu adalah STARTING ! ""
Starting untuk korang kenal hati budi dia dengan lebih mendalam. Mungkin dengan cara berkawan, korang lebih jujur dengan sikap masing-masing... sape tahu ? *heeee :)
asal aku macam doktor cinta ni, malam ni ? aku pon tak pernah bercinta, so tak layak laaa nak cakap banyak kan. *sedar diri. rolling tongue~
till then XOXO !
muchas gracias ~
dear fifteensecond,
prince charming, nanti you jangan mintak clash dengan i taw.
mintak kahwin takpe... heeeee :) mood are0are gedik !
kak limah kak limah, eeeuuuw ~
walaupon pelakon dia bukan semua melayu tapi
sekurang-kurangnye ada mesej dia nak cerita.
*eksen laa kaw ! ok laaa korang kata aku eksen kan,
cerita ni pon aku tengok jugak yea...
*menjerit aku bila tahu SAM menang ABP ! i lebiu SAM ! hahahaha :D macam tak percaya pulak aku jadi mengkritik filem kat sini. kehkehkeh^^ Sorry laa kawan-kawan yaa. HAHA :D -sedang menulis apa yang terpikir di hati =) AKU mungkin tak pandai buat lawak, TAPI AKU pandai KETAWA hahahahahaha~ are-are, alamak, study week dah mula daaa =(
eeh anak gadis bacalah =)
mak pesan ; sayang diri sendiri jangan lupa :)
Sunday, April 10, 2011
:: DIA maha mengetahui ::
Saturday, April 9, 2011
WHAT the G ? or what the H*** ?
Friday, April 8, 2011
berangan ala-ala Miss Independent :)
Thursday, April 7, 2011
asal dengan blogspot nie?
Wednesday, April 6, 2011
AWAK dimana ?
nak post jugak nak post jugak !
Sunday, April 3, 2011
arrow for final !
dear fifteensecond ; are-are
stress or struggle ?
both !
MAISARAH WARDIAH JUSOH
=====
AINUN RAIHAN AZMAN
Saturday, April 2, 2011
hikayat kanun keseksaan !
haha =)
besok sabtu kan ?
hari sebagai anggota suksis untuk aku.
semangat SUKSIS yeay ~
Dan malam nie, aku tengah study undang-undang.
rajennyer ?
terpakse yea, terpakse. haiyooo !
Ingat seronok ker belajar undang-undang ?
*tapi dulu masa kecik-kecik aku pernah bercita-cita nak jadi lawyer oow~
Tapi bila dah meningkat dewasa nie, aku KUBURkan cita-cita aku.
Baru aku tahu bertapa keseksaannyer apabila belajar kanun keseksaan.
haha PADAN MUKA !
besok test mula : 9.00 pagi. BLOK W
satu ape pon takde dalam kepala nie. heeeee.
Setakat ini yang aku tengok dekat nota. amek kaw, terbeliak biji mata ! haha.
a) Sesiapa sengaja menyebabkan cedera:-
i) Menembak / menikam / memotong
ii) Alat yang digunakan untuk menyerang
iii) Api / benda – benda hangat
iv) Racun
v) Benda – benda melecur
vi) Benda – benda yang merbahaya pada tubuh, dihisap, ditelan /
dimasukkan kedalam darah.
SEKSYEN 354* MENCABUL KEHORMATAN
a) Sesiapa menyerang / menggunakan kekerasan jenayah pada mana – mana orang.
b) Dengan niat / tahu akan mencabul kehormatan.
c) Seksaan penjara 10 tahun / denda / kedua-duanya.
SEKSYEN 375* ROGOL
Lelaki dikatakan merogol apabila bersetubuh dengan perempuan dalam keadaan berikut:-
1) Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu.
2) Tiada kerelaan perempuan itu
3) Dengan kerelaan tetapi dengan ketakutan kematian / cedera parah / salah faham.
4) Dengan kerelaan tetapi lelaki itu tahu ia bukan suaminya dan perempuan itu percaya ia suaminya / orang yang ia patut beri kerelaan.
5) Dengan kerelaan tetapi tidak mengetahui akibat dari kerelaan itu.
6) Dengan kerelaan tidak jika perempuan itu berumur kurang 16 tahun.
BANYAK LAGI OOOOOooooo.
sumpah tak tipu !
dari puluh sampai laa ratus seksyen.
sape yang buat undang-undang nie?
bijak laa otak dia.
rasa nak berkenalan pon ada. heee.
*mood senget !
kesian aku kan?
ok, dah lewat malam nie.
-selamat malam-
are-are : maseh takot tidur sorang-sorang. Check kunci pintu bilik. Ooh nasib baek ade hamster. Alamak hamster dah tidur laa pulak, haish tidur jer hamster nie!
apabila perempuan ber-GOSSIP- !
hah ?
kalau nama perempuan mesti KUAT gossip kan.
Statement yang aku rasa satu dunia menerimanya dan mengakuinyer.
Skema la pulak ayat aku. *abaikan.

Lagi cantik, lagi kuat gossip perempuan tu. *theory aku.
Gossip tu ape ? definisi suka-hati aku ialah
bercakap tentang perkara yang entah ape-ape
secara generalnyer perkara yang buang mase.
Tak kesaH la cerita pasal si dia ker, si W ke, si L ke, pasal barang ker,
yang pasti bercerita la kan. Aku tak faham KENAPA
orang selalu kata perempuan nie suka bergossip ?
walaupon perempuan normally memang di saudarakan dengan burung murai kan.

Burung ape ? BURUNG MURAI !
[ bagai murai tercabut ekor, boleh diterima ? ]
tak paham aku bila masa pulak perempuan nie ade ekor sampai orang boleh kata perempuan macam nie,
*versi perempuan baik sekejap. Peace dua jari ^___^
Dan sebenarnyer lelaki yang konon nyer tak suka BERGOSSIP tue, sebenarnyer
sangat-sangat nak tahu ape yang perempuan gossip kan sebenarnyer.
Lagi privacy cara perempuan tue bergossip lagi laa lelaki nak tahu.
Tak percaya? Believe me, si ahli kaji bumi. Heeeeeeeee =)

Lelaki kadang poyo jer lebih konon-konon
tak sukaa laa cakap perkara yang sia-sia, tapi ?
Huh kalau dorang pon dua kali lima jer =10 // try check semula sifir darab 2 tue, aku rasa betol dah equation aku. Ni sample case budak allergic maths macam aku. HAHA
Back to the point, aku bukan nak bergossip sebenarnyer nie.
Tadi aku jalan pergi blok kawan aku nak hantar barang.
On the way perjalanan aku tu, aku ternampak...
Dua orang seniors kot tengah duduk
dekat tengah-tengah laluan coridor pakai baju pyjamas.
(ala-ala macam tue laa tapi ade simen laa, kira bole duduk laaa bukan duduk atas lantai )
Rasa-rasanyer mereka buat ape?
Dan mereka sedang berGOSSIP ! GOSH !
Aku pon, malas laa amek port,
dalam hati terdetik *perempuan nie memang suke bergossip kan?
Haha –first impression-
On the way balek tue,
dorang maseh ade dekat tempat kejadian tadi.
Dan sambil aku jalan aku terdengar
Gadis 1 : eeh kalau yang equation macam @#!$^&(()*^*%$%$
Gadis 2 : ooh kalau macam tue, kaw buat laaa ini *((^&^%$#$%#$%^ dengan ini )*@(*(&^&*&*((%$#$# masukkan jer formula yang &^%^&^&&*^^%
Gadis 1 : lecture cakap macam nie... *&@^*^&%&^%%%%%%%%&
Gadis 2 : cube kalau ^#E(&(@* ^#^^#&R#&)(*)(
Gadis1 : lepas tue........................
\\
BERSAMBUNG !
Yelaaa takkan aku nak terus stay situ tengok
dan dengar dorang gossip ape kot ? HAIYAAA ~
itu dah kategori jage tepi kaen orang daaa.
Dan aku terus – SECOND IMPRESSION –

PEREMPUAN JUGA BERGOSSIP
TENTANG PERKARA-PERKARA YANG BERGUNA DAN BERFAEDAH YEA !
Kenape aku berani cakap cenggitu ?
Sebab kalau betol dorang nie tengah study, at least suasana study lah kan. Means?
Study condition : at least one of this.
PEN, BUKU, NOTA, LAPTOP, KERTAS, PENCIL CASE, CALCULATOR,
And ETC ;
Tapi akak berdua tue, memang DUDUK jer dakap lutut kat dada,
sambil tengok bulan.
TAPI dorang GOSSIP pasal PELAJARAN !
Oooooowh KAGUM ! SANGAT KAGUM sebenarnyer !
See ? GOSSIP_GOSSIP perempuan pon,
ade jugak yang ilmiah oke. Haha.
Till then,
RINDU pulak nak bergossip dengan kawan-kawan, ooh bestnyer ~
Are-are : aku takot sebenarnyer, roommate aku takde malam nie. Alamak aiii tidur sorang laa aku. Oh malaikat peliharalah aku yea. *muka cuak-cuak comeyy =)






















