Sunday, October 30, 2011

monolog dalaman

hikayat are- are-are sunshine 5:36 PM
Aku duduk didepan laptop. buang masa. hanya melihat karenah manusia online. tidak aku komen tidak aku tekan button like. sepi. bisu.

Ayu tidur. Raihan tidur. Wawa jugak. Hanya aku dibilik.

Esok isnin. Permulaan minggu. Test banyak. Subject banyak. Quiz lagi.
Satu ape pon aku tak sentuh. Takde mood barangkali.

Bertegur sapa dengan kawan-kawan dekat laman sosial. Bukan aku taknak tapi aku cemburu. Mereka tengah study. Ohh semangat mereka. Pinjamkan pada aku, kalau boleh.

Maths macam biasa kene buat latihan, kalau tak sia-sia je blaja. Datastucture ! itu subject coding jadi satu mimpi ngeri untuk aku ? Masuk kuliah duduk belakang dengan hanya mata yang melihat, otak pulak terbang entah ke mana itu Database. Kemudian ape yang aku buat hari ni ? masih berangan dan berangan. adoi.

Jeling kanan telefon sepi. Cuaca pon mendung.

are-are,
siapa taknak berjaya ?

0 sweet :):

Post a Comment

 

hikayat are-are Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review