Friday, March 18, 2011

Ala malu laa nak cerita malam tadi...

hikayat are- are-are sunshine 3:39 PM
Ala malu laa nak cerita malam tadi...

Zzz : takpe, saye akan masuk meminang awak.
Aaa: hah? Awak ??? apee???
Zzz: saye akan masuk meminang awak. Dengar tak nie ?
Aaa: yea dengar *sambil menjawab perlahan...

Tibe-tibe suasana menjadi majlis perkahwinan. DIA pengantin lelaki dan AKU pengantin perempuan. Ooh kenape laa awak sudi ? kita masih muda laa.. *aku mengomel dalam hati. Majlis berjalan sama seperti majlis perkahwinan orang lain. Ade bersanding, ade makan beradap. DIA duduk sebelah aku. Aku duduk sebelah dia.

DIA, aku tengok sentiasa senyum. Seolah-olah hari tue betol-betol hari impian dia. Dan aku? Oowh tuhan jelaa yang tahu ape yang aku rasa. Please, tolonglah aku masih belum bersedia menjadi seorang isteri. Walaupon aku kenal dia, tapi aku taknak dia jadi teman hidup aku. Aku taknak. Yea aku taknak. Akhirnya majlis selesai. Aku terlihat wajah mak aku senyum gembira. Aku ? ooh bonda...semua ni tak patot terjadi.

Aku pon tak paham kenapa bonda nak sangat aku kahwin. Sebab? Entah laa. Mungkin dia tak percaya aku pandai jaga diri lebih-lebih lagi aku kat universiti. Nakal sangat ker aku nie? Tapi aku masih 20 laaa ??? MUDA LAGI KAN ! takpe bonda dulu pon kahwin usia muda lagi dari aku. Itu alasan bonda.. *tapi itu dulu kan ??? sekarang lain laaa.

Kami dahulu kawan. Dan selepas itu pon kami kekal kawan. Dia sangat gentle. *bole tak gune istilah tue? Dia turut semua kata aku. Aku kata kalau dahulu kami kawan jadi sekarang pon biarlah kami masih kawan. Dia seolah-olah housemate baru aku. Tapi dia lelaki. Oke noktah. (sucikan otak yer, takde perkara-perkara tak diingini berlaku oke) itu annoying lah.

Suatu hari aku terkejut bila aku nak pergi kelas aku rasa ade sesuatu bergerak-gerak dalam perut aku. Ooh GOSH, aku pregnant ??? menjerit aku. Aku tak tahu ape yang berlaku tapi seingat aku aku menjerit dekat depan kedai (entah kedai mane entah)HEY, AWAK !!!! APE YANG AWAK BUAT HAH ? SAYA TAK NAK ANAK LAA.. TAK NAK MENGANDUNG TAK NAK DAN SAYA TAK NAK !!!!! FAHAM TAK SAYA TAK NAK !!!!

Celik jer mata? Eeh eeh aku baring atas katil ? oowh terus aku tersenyum lebar. Baik, bukan sebab aku tak jatuh katil tapi sebab ooh aku masih lagi single rupanyer. *cam pelik jer statement aku. Iyelah aku masih lagi single suka berbenor laa aku. Rupanyer semua tue hanyalah MIMPI. Yer MIMPI aku jer. Begitu lah lebih kurang analoginyer seingat aku. Tapi mimpi tu aku rasa macam real jer. Aku pon capai handset tepi bantal. Agak-agak pukol berape la yer..

[ 9.13AM ]

Dan aku nampak ade satu mesej dari Sofea ;

Are, semalam kan. Aku mimpi aku dah nak kahwin. Serius. Aku ngan family tgh uruskan hal majlis aku. Dalam mimpi tu aku dpt rs mcm real yg aku dah nak kahwin. Ape maksud mimpi nieee.
Sender: SOFEA+6013-641--------------XX
Sent:18-Mar-2011
07:20:48 am.

WHAT ???

Aku pon ketawa laa sambil taik mata maseh melekat di mata. HAHAHAHAHA ! Sofea, ko tanye aku maksud mimpi ko ??? dan tak sangka pulak kita mimpi sama kan. Haha. Lagi giler, ko mimpi nak kahwin jer kan. Aku mimpi DAH kahwin dah pon. Siap klimaks tibe-tibe pregnant. Tak ker pelik? Aku siap pegang perut lagi time tue. Dapat IMAGINE tak ? haha. Aku pon tengah bingung pikir ape maksud mimpi aku nie haa. HAHA Tapi mimpi kan mainan tidur, so tak payah percayalah kot. *nak sedapkan hati sebenarnyer gerun aku dengar perkataan kahwin-kahwin nie. Eeuuuw.

One more thing, mimpi yang aku alami tue sangat real bagi aku. Dan nak tahu satu rahsia tak, aku kenal sape pengantin lelaki dalam mimpi aku tu. Itu kawan aku. But please, aku janji dengan diri aku... please lah aku jangan bagitahu sesiapa pon tentang tuan empuya diri tue. MALU giler kot. Kalau dia tak tahu pon aku dah rase malu setempek kt muka nie.. kalu dia tahu lagi laaa...huh JAUHKANLAH.. HAHA !

Tapi tengok pada mimpi tue macam DIA sanggup jadi pak sanggup pulak kan sanggup enawarkan diri untuk berkahwin even dalam usia 20...? *eeh dia sebaya dengan aku ker? haha. Kalau kat luar aku rasa tak kot....

Moral of the story ; pandai-pandailah jaga diri sebelum parents hilang kepercayaan kat kita kan. Hahahahahaha. Dats all.

Are = aku nie dah laa jarang-jarang mimpi tibe-tibe boleh mimpi pulak. Pelik????? Jangan cakap aku gatal.. aku tak mintak pon bende nie yer.. =) Sudahnyer, bangon QADA' SUBUH yang aku hutang tak bayar lagi tadi. please, aku tak nak kahwin lagi. aku nak jadi kaya dulu oke.

1 sweet :):

AmiRa aKmaL said...

hahahahahaha........... kelakar! sape 'suami' awak tu...??? do i know him???

Post a Comment

 

hikayat are-are Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review